Helmut Josef Michael Kohl (ˈhɛlmuːt ˈkoːl ; [hɛlmuːt joːzɛf 'mɪçaʔeːl koːl]; 3 April 1930 - 16 Jun 2017) adalah seorang negarawan Jerman yang berkhidmat sebagai Canselor negara tersebut dari tahun 1982 semasa sebahagian daripada pemerintahan Jerman Barat hingga 1998 setelah ia disatukan semula dengan Jerman Timur dan sebagai pengerusi Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) dari tahun 1973 hingga 1998. Dari tahun 1969 hingga 1976, Kohl adalah ketua menteri negeri Rheinland-Pfalz. Kohl mempengerusikan Kumpulan Tujuh pada tahun 1985 dan 1992. Pada tahun 1998, beliau menjadi pengerusi kehormat CDU, meletakkan jawatannya pada tahun 2000.

Rujukan

Pautan luar